PERUBAHAN KEPIMPINAN PEMUDA UMNO
Assalamualaikum w.b.t syukur kepada Allah S.W.T yang mencipta langit dan bumi kerana keizinanNYA untuk terus menyatakan hak dalam ruangan blog ini,Allah Maha Esa dan tauhidlah Allah dalam diri dan bangunkan roh diri dengan satu yang mampu membentuk jati diri islam sebenar yang mampu membela agama,bangsa dan negara agar kedudukannya di mercu tinggi di sisi Allah S.W.T,selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sekelian sahabat-sahabat baginda.

Salam 1 Malaysia , satu keluarga baru lahir yang penuh warna-warni budaya,cara kehidupan dengan pelbagai kaum yang saling memahami antara sama lain,hormat menghormati satu sama lain,bantu membantu golongan yang memerlukan dengan kemudahan dan kuasa yang ada pada UMNO serta Barisan Nasional mampu dan terus menerus membela dan memenangi hati rakyat khusus golongan pemuda.

Pemuda UMNO Bahagian Lumut mengambil langkah positif dengan menyokong penuh pindaan perlembagaan UMNO iaitu diantaranya sistem kouta calon pemimpin di hapuskan,kemasukan ahli boleh diluluskan oleh Ketua Pemuda dan ketua sayap-sayap yang lain,bilangan perwakilan juga bertambah daripada bilangan 2,600 orang perwakilan kepada angka yang lebih dari 140,000 ini sebenarnya kekuatan akar umbi untuk menjulang pemimpin sebenar atau mengekalkan kepimpinan sedia ada jika tahap kerja yang menyentuh rukun pemuda itu sendiri iaitu BERSATU,BERPERINSIP,INKLUSIF,RELEVAN,PROAKTIF juga ada penanda aras yang perlu di terapkan iaitu :

1. Meningkatkan keahlian UMNO, khasnya keahlian baru golongan muda yang
menyertai parti;
2. Mendaftarkan ahli-ahli UMNO sebagai pengundi di kawasan masing-masing;
3. Menjalin hubungan antara Pemuda UMNO bersama golongan-golongan yang
berpengaruh dalam menjana perspektif generasi muda, atau opinion-shapers,
seperti kumpulan cendekiawan, profesional muda, penulis-penulis muda, tokoh-tokoh
agama dan golongan pendidik
4. Memenangi perang mesej atau perang saraf, terutamanya di alam siber yang
menjadi platform komunikasi politik masa kini;
5. Dan penanda aras yang terakhir, yang paling penting untuk menilai prestasi
Pemuda UMNO, adalah menambahkan undi golongan muda kepada BN, sekaligus
memenangi undi saluran-saluran muda dalam pilihanraya.

Pemuda UMNO Bahagian Lumut serta barisan pemimpin ini sudah setahun menduduki jawatan ini pasti bersedia melaksanakan dan menzahirkan gerak kerja terus ke akar umbi dengan kerjasama NGO yang lain untuk terus merelevankan UMNO kepada rakyat.

Pemuda UMNO Bahagian Lumut tidak sahaja bercakap yang bernilai retorik semata-mata,bahawasanya hari ini pemuda umno sudah menambah lagi pengisian baru dan segar dengan program-program yang rasmi dan tidak rasmi juga bersedia berkhidmat pada bila-bila waktu tanpa “memilih bulu” kawan atau lawan asalkan untuk bangsa,agama,negara tercinta ini dan ikatan kasih sayang silaturahim ini yang akan menjadi penghubung ummah dan UMNO terus kukuh sebagai pemimpin hidup bersama rakyat.

Dengan wujudnya blog pemuda ini sebagai jentera pantas pergerakan pemuda menyalurkan maklumat serta informasi sensasi,terhangat, penuh kebenarann dan tepat untuk rakyat melihat sendiri dan menilai tahap kerja pemuda UMNO dari masa kemasa.

Pemuda UMNO juga berfikiran terbuka kepada akar umbi yang menyalurkan buah fikiran untuk meninggkatkan lagi pestasi khidmat kepada masyarakat.Tiada yang lebih hebat melainkan keikhlasan hati yang Allah Maha Mengatahui..maka pemuda UMNO akan teruskan agenda tokoh-tokoh terdahulu dengan cara terkini moden dan berteknologi tinggi serta bersedia bersaing dengan sesiapa pun.Pemuda UMNO juga di saran untuk mencari kemahiran dan ilmu dalam pelbagai perkara dan bidang kerana ini aset penting kepada diri sendiri terus langsung berguna kepada masyarakat dan temadun ilmu ini akan terus berkembang dan bangsa melayu menjadi bangsa bermaruah di sanjung tinggi.

JIKA MAUT TIDAK TIBA,PANTANG PEMUDA BERUNDUR UNTUK BANGSANYA,JIKA SI PENGHIANAT ITU TIBA,PANTANG PEMUDA BERDIAM DIRI,JIKA AGAMA DAN TANAH AIR MULA DI NODAI,MAKA PEMUDA UMNO BANGKIT DENGAN ILMU DAN BIJAKSANAANYA…AYUH ANAK PEMUDA BANGSA KAMU ADALAH PEWARIS UNTUK BANGSA KITA MELAYU,AYUH BERSAMA PEJUANGAN PEMUDA UMNO YANG TIDAK AKAN HENTI PERJUANGANNYA.